The Inauguration of the School in Hospital (SDH) at Hospital Rehabilitasi Cheras

06 Mei 2025

Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) kini diperluas ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 19 SDH di seluruh negara dan empat (4) buah SDH bawah seliaan JPWPKL. SDH Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan SDH keempat dan mula beroperasi pada 2 September 2024 dan kini menempatkan seorang penyelia, tiga guru, dan seorang pembantu pengurusan murid.

Majlis Perasmian Program SDH, HRC ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yg. Berhormat Fadhlina Sidek dan Menteri Kesihatan, Yg. Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

SDH merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Hospital Pengajar Universiti bagi memastikan murid yang sedang menerima rawatan di hospital mendapatkan akses pendidikan bagi mengelakkan keciciran dalam pembelajaran.

Majlis turut menyaksikan pemeteraian semula Nota Kerjasama antara KPM dan KKM, menandakan komitmen berterusan kedua-dua kementerian dalam memastikan keberlangsungan dan keberkesanan pelaksanaan program SDH. Semoga perjanjian Kerjasama ini akan memberi impak berterusan kepada semua murid di SDH.